suria

Kontroversi MV Question, netizen cadang Dolla ‘angkat kaki’, cuba nasib di luar negara

MV Quetions nyanyian Dolla diturunkan daripada semua platform media sosial.

SUSULAN kontroversi muzik video (MV) terbaharu Dolla berjudul Question yang terpaksa diturunkan di YouTube, seorang pengguna Threads mencadangkan agar kumpulan itu melebarkan sayap ke luar negara. 

Menurut individu terbabit, masyarakat di Malaysia masih belum bersedia menerima gaya fesyen dan konsep persembahan Dolla yang dianggap lebih moden dan seksi.

"Saya rasa Dolla perlu mula membina kerjaya mereka di luar negara. Rakyat Malaysia terutamanya komuniti Melayu masih belum dapat menerima gaya pemakaian, tarian atau konsep keseluruhan Dolla," katanya. 

Antara komen diterima di Threads.

Dalam pada itu, individu tersebut turut menyarankan syarikat pengurusan Dolla, Universal Music Malaysia (UMM) untuk memperluaskan kerjasama Dolla dengan syarikat rakaman antarabangsa bagi memastikan potensi kumpulan tersebut tidak terbantut akibat kritikan tempatan. 

"Pihak Universal Music Malaysia sepatutnya bekerjasama dengan rakan antarabangsa mereka untuk membantu Dolla pergi lebih jauh dan jauhkan mereka daripada masyarakat Malaysia yang mengharapkan mereka menyanyi dan menari dengan memakai pakaian tradisional atau pakaian pejabat. 

"Saya tidak dapat bayangkan sekiranya Dolla menjadi sesuatu yang lain (tukar imej)," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: "Dolla tolonglah berubah" - Asma’ Harun tegur MV ‘Question’, kecewa peminat turut beri sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Asma’ puji keputusan berani turunkan MV Dolla - “Harap jadi contoh kepada syarikat produksi dan artis lain”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut dan berharap Dolla diberi peluang lebih luas untuk berkarya tanpa sekatan kreativiti.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu mereka (Dolla) berkarya di Malaysia tetapi saya tahu ada dalam kalangan ahli politik yang mula mengawal semuanya. Jadi, saya rela mereka berkarya di luar untuk kerjaya yang lebih besar dan bersinar. 

"Setuju, masyarakat Malaysia terlalu sensitif dan ia sangat sukar buat industri hiburan. Mereka perlu luaskan bakat ke luar negara," tulis netizen. 

Pihak pengurusan Dolla akur dengan teguran diterima.

Sebelum ini, pendakwah Ustazah Asma' Harun secara terbuka menegur anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengenai MV mereka yang dianggap keterlaluan daripada segi pemakaian. 

Akur dengan teguran itu, Universal Music Malaysia bertindak menurunkan semula MV tersebut di semua platform digital. 

Menurut Pengarah Urusan UMM, Kim Lim, keputusan itu dibuat selepas melakukan penelitian semula terhadap keseluruhan kandungan produksi dan maklum balas masyarakat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain