suria

Dulu ragu, kini lebih tenang... Farel Prayoga kongsi kisah bergelar mualaf

Farel memeluk Islam sejak dua tahun lalu.

PENYANYI Indonesia, Farel Prayoga secara terbuka berkongsi perjalanan hidup yang dilalui sebagai seorang mualaf di usia muda .

Farel, 15, yang memeluk Islam dua tahun lalu juga mendedahkan pernah mengucap syahadah ketika berusia 12 tahun. 

Namun ketika itu hatinya berbolak-balik meskipun melakukan solat lima waktu. 

Farel kini lebih tenang dalam mempelajari Islam.

"Saya masuk Islam dua tahun lalu, tetapi saya jadi mualaf sudah dua kali. 

"Waktu pertama kali saya memeluk Islam dulu saya solat seperti biasa tetapi saya rasa seperti dipaksa, bukan daripada hati. 

"Saya rasa macam ragu, boleh kata saya seperti dipaksa, waktu itu saya berumur 12 tahun. Namun kali ini saya rasa benar-benar ikhlas memeluk Islam," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Farel Prayoga sudah mula kerja sejak usia 8 tahun, jawab dakwaan dipaksa keluarga cari nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi remaja didera ibu tiri, kena paksa kerja sara keluarga

Farel berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya, Lemak Manis yang diadakan di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada petang Khamis.  

Dalam pada itu, Farel memberitahu keputusannya untuk memeluk Islam mendapat restu daripada keluarga, malah kakaknya turut sama bergelar mualaf.

"Dalam keluarga hanya saya dan kakak saja beragama Islam. Tapi ibu bapa saya beri restu untuk saya masuk Islam, tiada sebarang tentangan sebab umur saya pun sudah cukup untuk memilih agama sendiri," ujarnya.

Mengulas lanjut, Farel berkata dia menerima bimbingan daripada bapa kepada pengurusnya dan bersyukur kehidupannya kini lebih tenang.

Farel kini ikhlas memeluk Islam tanpa paksaan.

"Bapa kepada pengurus saya banyak membimbing dan mengajar saya tentang Islam. 

"Sebelum saya masuk Islam pastinya saya sudah memikirkan tentang perkara-perkara masa hadapan yang akan berlaku. 

"Alhamdulillah saya dapat jalani dengan baik dan  sekarang saya lebih tenang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain