SELEPAS mencetuskan kebimbangan apabila hampir pitam usai konsert GenKRU The Finale: One More Time, komposer dan penyanyi terkenal, Edry Abdul Halim memaklumkan dia kini sedang berehat untuk memulihkan tenaga.
Edry, 48, berkata sebaik sahaja tamat persembahan, dia mengambil masa sepenuhnya untuk tidur dan memulihkan keadaan tubuhnya.
“Sejak kebelakangan ini saya tidur siang dan malam. Saya cuba dapatkan rehat yang betul kerana mungkin sebab terlalu letih,” katanya kepada mStar.

Edry berikan persembahan bertenaga pada malam berkenaan.
Menurut Edry, faktor cuaca panas dan kering ketika konsert yang berlangsung secara terbuka turut menjadi punca dirinya hampir tumbang di atas pentas.
Malah dia juga tidak mengisi perut pada waktu malam kerana tidak mahu menambah beban semasa melakukan persembahan.
“Selama ini kami berlatih dalam indoor, jadi bila tiba-tiba kena berdepan cuaca kering, badan memang tak bersedia.
ARTIKEL BERKAITAN: Edry Abdul Halim pitam usai konsert… “Masa untuk rehat dan pulihkan diri”
ARTIKEL BERKAITAN: KRU sedih hasrat bapa nak tengok konsert tidak kesampaian, bawa Juliana Banos ke pentas GenKRU The Finale
“Saya rasa peminat pun faham kawasan outdoor yang agak mencabar. Kalau masa remaja dulu tak ada masalah nak berpeluh, tapi sekarang keselesaan lebih penting," ujarnya.
Cerita Edry, keadaanya mula rasa tidak stabil ketika mempersembahkan dua lagu terakhir, namun tetap meneruskan persembahan demi menghargai peminat.
Jelasnya sebaik sahaja hampir pitam, pasukan kecemasan bersiap sedia untuk membawanya ke hospital.

KRU mahu puaskan hati penonton yang hadir.
“Saya dah mula nampak bintang masa nak habiskan persembahan itu, tapi sebab peminat, saya teruskan sampai habis.
“Pasukan kecemasan nak bawa saya ke hospital, tapi saya rasa tak perlu. Mujur di belakang pentas ramai yang bantu, termasuk rakan-rakan artis,” katanya.
Pada Ahad lalu, semasa sesi sidang media selepas konsert tamat, Edry kelihatan tidak bermaya sehingga perlu dipapah untuk bertemu dengan rakan media.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


