suria

Tuntutan di IG berjaya, Puteri Balqis tunjuk bukti sudah terima bayaran... Harap isu jadi iktibar

Selepas bersuara akhirnya agensi memasukkan wang ke dalam akaun bank Aqish.

PELAKON Puteri Balqis akhirnya berjaya mendapat bayaran daripada sebuah agensi pengiklan selepas dia membuat pendedahan mendakwa pihak berkenaan gagal membayar wang hasil penglibatannya untuk mempromosikan produk. 

Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 18, berkata bayaran tersebut hanya diterima selepas isu berkenaan mula mendapat perhatian umum apabila dia berkongsi di sosial media. 

“Pasukan kami baru sahaja menerima bayaran daripada pihak agensi pada pukul 12.40 tengah hari.

Hantaran di media sosial Aqish yang menuntut bayaran kerjanya.

“Kami memuat naik bukti di sini (IG) bagi menunjukkan bayaran hanya dibuat selepas hantaran pertama kami yang menuntut bayaran tersebut," katanya.

Aqish berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran memaparkan tangkap layar penyata bank yang menunjukkan penerimaan bayaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

Bercerita lanjut, jelas Aqish, perkongsian tersebut dibuat kerana pihaknya sudah terlalu lama menunggu maklum balas dan penjelasan daripada agensi terbabit.

Malah, katanya, banyak pertanyaan yang diajukan kepada agensi berkenaan sebelum ini tidak pernah dijawab dengan jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis kongsi foto majlis tunang, surat isi hati ibu curi perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh jalin hubungan terlarang, Puteri Balqis perjelas status dua jejaka… “Faris ayah tiri, Didi tunang saya”

“Tujuan hantaran ini dibuat adalah untuk membuktikan kami tidak menipu dan kami hanya menerima bayaran selepas membuat hantaran itu meskipun telah menerima terlalu banyak panggilan dan WhatsApp daripada pihak agensi.

“Bukti ini juga bagi mengelakkan mana-mana pihak memutarbelitkan cerita dan fakta yang kami kemukakan.

“Sekali lagi, apabila artis (talent) atau kru menjalankan tugas dengan baik, jangan beri kami harapan palsu atau menyalahkan kami yang bekerja mengikut masa dan kontrak,” ujarnya.

Aqish harap isunya itu menjadi iktibar orang ramai.

Menurut pihak pengurusan Aqish iaitu Morozov Team, mereka telah membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas agensi itu didakwa gagal menyelesaikan bayaran mengikut tarikh yang dipersetujui, selain memberikan pelbagai alasan bercanggah.

Mereka turut mempersoalkan mengapa kontrak tidak ditandatangani oleh pihak agensi, tiada cop syarikat serta bukti bayaran telah diproses selain beberapa janji pembayaran yang berubah-ubah.

Aqish juga menyifatkan situasi tersebut sebagai tanda amaran besar dan berharap kejadian sama tidak menimpa artis atau kru lain pada masa akan datang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain