suria

“Kenapa masuk kawasan aku?” - Suami Bonda Rozita dirasuk ketika siaran langsung Night Walk bersama Roslan Shah

Suami Rozita (dua dari kanan) didakwa dirasuk sewaktu penggambaran.

SUAMI kepada usahawan sensasi Rozita Ibrahim iaitu Aidiamin Ahmad didakwa dirasuk ketika menjalani penggambaran program Night Walk terbitan MBK Filem Studio. 

Menerusi rakaman video tular di media sosial, suami Rozita dilihat berada dalam keadaan tidak terkawal dan mengeluarkan kata-kata yang mencetuskan kebimbangan ramai.

"Kenapa masuk kawasan aku? Kenapa ganggu tempat aku?," katanya dalam rakaman berkenaan.  

Episod Night Walk bersama Rozita terpaksa dipadam.

Meskipun video berkeaan hanya memaparkan audio tanpa visual jelas, nanun situasi di lokasi penggambaran dilaporkan menjadi tegang apabila perubahan sikap Aidiamin berlaku secara tiba-tiba.

Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita, 61, dilihat terkejut dan cemas dengan keadaan suaminya ketika kejadian berlaku.

Rakaman tular itu turut menunjukkan usahawan berkenaan meminta mendapatkan bantuan seorang ustaz bagi membantu menenangkan keadaan dan memulihkan situasi di set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat istikarah sebelum terima lamaran suami, Bonda Rozita tak pernah rasa sebahagia sekarang

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah nafi guna OKU demi rating, penglibatan Mass Factor atas permintaan sendiri... “Ini impian dia”

Susulan insiden tersebut, pengacara program berkenaan, Roslan Shah menerusi instastory miliknya memaklumkan bahawa siaran Night Walk bersama Bonda Rozita terpaksa dipadamkan daripada platform YouTube. 

"Harap maaf YouTube MBK Film Studio Night Walk bersama Bonda Rozita terpaksa dipadam ya," tulisnya.

Sehingga kini, tiada kenyataan lanjut dikeluarkan oleh pihak Rozita Ibrahim mahupun MBK Film Studio berhubung kejadian berkenaan.

Sebelum ini, Roslan menerajui aktiviti paranormal yang dinamakan Night Walk terbitan MBK Film Studio sejak beberapa bulan lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain