suria

“Susah mahu jadi seperti ayah” - Anak Awie kini mula susun langkah bergelar penyanyi

Merrah (kanan) mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi penyanyi.

ANAK kepada penyanyi Datuk Awie iaitu Ahmad Merrah memberitahu minatnya terhadap bidang seni semakin berkembang selepas menerima banyak tawaran untuk membuat persembahan pentas. 

Merrah atau Putra Ahmad Merrah, 19, berkata dia sebelum ini lebih memilih untuk meneruskan kerjaya menjadi ahli pernigaan namun kini hasrat ke arah tersebut mula berubah. 

"Sebelum menyanyi, saya merancang untuk menjadi ahli perniagaan. Namun, selepas mendapat tawaran membuat persembahan untuk memberikan kejutan buat ayah saya di program Astro, saya rasa berminat untuk meneruskan kerjaya ini. 

Merrah (kiri) mahu bergelar seorang penyanyi yang baik.

"Tambah pula respons positif yang diterima daripada orang ramai, ia menguatkan lagi hasrat untuk saya terus menyanyi. 

"Kalau jadi penyanyi mestilah saya nak jadi lebih baik daripada orang lain tetapi bila fikir balik ayah saya Datuk Awie, macam mana saya nak lebih bagus daripada dia?," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam masa sama, Merrah menegaskan fokus utamanya ketika ini masih tertumpu kepada pelajaran meskipun menerima beberapa tawaran dalam untuk merakamkan lagu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Perpecahan kumpulan biasa terjadi, Awie terima dengan lapang dada… Tak lupa doa buat dua bekas anggota Wings

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu perlahankan kerjaya seni, Awie reda Wings ada vokalis baharu

Dia juga enggan terlalu terburu-buru untuk terus mengatur langkah dalam dunia seni.

Malah bapanya akan sentiasa memberi sokongan serta tunjuk ajar untuk dia bergelar penyanyi di masa akan datang. 

"Saya memang ada merancang untuk merakamkan single tetapi buat masa sekarang saya lebih fokus kepada pelajaran. 

"Sebenarnya ada beberapa tawaran yang saya terima. Ayah nak saya fokus kepada pelajaran. Begitu juga saya.  

"Saya tahu ayah juga ada perancangan untuk kerjaya seni saya tetapi kami santai saja, tak perlu terburu-buru," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!