suria

Impian Shae ke final GV12 tidak kesampaian, enam peserta berjaya termasuk Nubhan

Shae tersingkir di separuh akhir.

HASRAT peserta program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Shae untuk mara ke pentas akhir tidak kesampaian apabila tersingkir pada peringkat separuh akhir yang berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Bertemakan International dan Nusantara, persembahan Shae menerusi lagu Toyol nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad serta Rosalinda (Thalía) gagal memikat hati juri tetap.

Mengulas persembahan tersebut, Hetty Koes Endang selaku juri berpendapat Shae seharusnya lebih mengekalkan penggunaan suara asli berbanding terlalu banyak bermain dengan teknik vokal.

Ruri terselamat dengan markah yang sangat tipis.

“Musical show memang kekuatan awak, tetapi ada bahagian yang saya rasa tidak perlu dimainkan suaranya.

“Daripada awal sampai akhir awak menyanyi bukan menggunakan suara sebenar. Bahagian Toyol itu masih boleh, tetapi selebihnya perlu guna suara asli.

“Datuk Syafinaz juga sependapat dengan saya mengenai perkara ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun tinggal Malaysia pun masih pelat bahasa Melayu, Mark Adam terbuka terima teguran… Setiap minggu ‘study’ lirik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan tidak langgar peraturan, kekal bertanding dalam Gegar Vaganza 12

Meskipun tidak berjaya ke peringkat final, Shae tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM8,000 daripada pihak penganjur.

Sementara itu, enam peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir GV12 iaitu Nubhan, Iskandar Ismail, Mark Adam, Ruri Repvblik, Mell Sakura dan kumpulan Mendua.

Anugerah Adabi, Ada Beats dimenangi oleh Iskandar yang juga muncul sebagai peserta dengan markah tertinggi pada malam tersebut.

Susulan kemenangan itu, Iskandar membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta barangan Adabi bernilai RM500.

Salamiah Hassan serikan separuh akhir GV12.

Manakala Anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi sekali lagi menjadi milik Mark yang membawa pulang wang tunai RM3,000.

Selain itu, penampilan istimewa penyanyi legenda Salamiah Hassan menerusi segmen Lejen Lanjer turut memeriahkan suasana konsert separuh akhir.

Konsert akhir GV12 bakal berlangsung dengan tema Full Swing, All Out yang menampilkan tiga tugasan utama iaitu persembahan solo, duet bersama artis jemputan serta segmen battle.

Selain Hetty, GV12 menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap, manakala program itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain