suria

Mula rapat dengan usahawan wanita, Datuk Red dapat sinar baharu... “Tapi tak boleh terus kahwin”

Adnan perjelaskan hubungan bersama usahawan wanita.

SEJAK kebelakangan ini, usahawan Datuk Seri Adnan Abu dilihat menjalinkan hubungan akrab dengan seorang wanita yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Hunny Izzaty.

Berkongsi mengenai perkara itu, Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 48, menjelaskan hubungannya dengan Hunny tidak lebih daripada sekadar rakan perniagaan.

Menurutnya, dia masih perlu menjaga batas memandangkan perbicaraan pengesahan lafaz rujuk bersama bekas isterinya yang juga penyanyi Adira masih belum bermula.

Adnan dan Hunny dilihat semakin akrab.

“Hubungan kami hanya atas dasar kerja sahaja, tak serius mana. Saya diupah untuk buat kerja dan tak boleh nak komen lebih-lebih sebab perbicaraan dengan Adira belum mula lagi.

“Saya ini nak kata bujang bukan, dah kahwin pun bukan. Jadi apa-apa pun tunggu keputusan mahkamah nanti,” katanya ketika dihubungi mStar.

Bagaimanapun, Adnan tidak menolak kehadiran Hunny sedikit sebanyak memberi sinar baharu dalam hidupnya yang dikatakan berdepan pelbagai cabaran kebelakangan ini.

“Kami baharu sahaja berkenalan. Saya ini perlukan bimbingan supaya lebih bersemanga untuk bekerja, bukannya nak suruh orang bayar hutang.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira, Datuk Red didakwa rujuk dalam tempoh idah, fail pengesahan dua hari lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red maklum berlaku rujuk dalam idah, minta peguam daftar pengesahan… “Sekarang tunggu mahkamah sahkan atau tidak”

“Jadi Hunny seorang ahli perniagaan, macam-macam nasihat dia beri dan saya rasa ada dorongan baharu. Sebelum ini ada juga dorongan, tapi arah itu sudah berubah,” luahnya.

Mengakui berada dalam fasa kehilangan arah akibat terlalu banyak perkara mengejut berlaku dalam hidupnya akhir-akhir ini, Adnan berkata ia turut menjejaskan emosi dan kesihatannya.

“Banyak benda mengejut berlaku kebelakangan ini sampai saya rasa hilang arah. Nak berniaga perlukan semangat, kena ada mood cantik dan ceria.

“Bila hilang arah, semua benda jadi tak kena. Berat badan saya pun susut, sebelum ini 81 kilogram sekarang tinggal 70 kilogram,” katanya.

Mereka mungkin nak suruh saya move on.

ADNAN

USAHAWAN

Dalam pada itu, Adnan turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan netizen yang dilihat seakan-akan merestui hubungannya dengan Hunny.

Bagaimanapun, dia percaya pengikut di media sosial hanya mahu melihat dirinya kembali bahagia dan melupakan kisah silam.

“Mereka mungkin nak suruh saya move on, tapi benda ini tak boleh terus kahwin. Kena ubati hati yang terluka ini dulu,” katanya.

Adnan dan Adira mempunyai tiga cahaya mata bersama.

Sebelum ini, Adnan menerusi peguamnya memaklumkan telah memfailkan pengesahan rujuk terhadap Adira pada Disember tahun lalu.

Adira juga memberi respons bahawa dia terkejut kerana tidak mengetahui tindakan bekas suaminya itu.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Namun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek,7, Asan,6, Anggun,5, dan Ayob,3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain