suria

Awal Ashaari, Scha Alyahya masih teringin tambah anak, serah kepada rezeki

Awal dan Scha masih mempunyai hasrat mahu tambah cahaya mata.

PENGACARA Awal Ashaari mengakui masih menyimpan hasrat untuk menambah cahaya mata, namun menegaskan keputusan tersebut perlu dibuat dengan pertimbangan rapi bersama isterinya yang juga pelakon Scha Alyahya.

Menurut Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 46, meskipun keinginan itu ada, namun dia masih perlu memikirkan beberapa faktor penting seperti usia, kewangan serta kesediaan dua anak perempuannya sebelum membuat keputusan.

“Memang ada keinginan untuk ada anak lagi, tapi seperti Scha cakap, kena fikir juga faktor umur, kewangan dan perkara lain.

Awal mengakui suka layan bayi.

“Kena fikir juga sama ada anak-anak bersedia atau tidak untuk menyambut kedatangan seorang lagi adik.

“Saya pun bukannya muda lagi, tapi doakan sahaja yang terbaik. Tak menolak, kalau ada Alhamdulillah dan kalau ada seorang lagi memang seronok juga,” katanya kepada mStar.

Awal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran beg tangan Ayaaya koleksi The Nexx yang berlangsung di Club21Lab, Shoppes at Four Seasons Place, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Menurut Awal, dia dan Scha mempunyai pandangan berbeza mengenai fasa usia anak-anak yang dibesarkan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan makin besar, Scha Alyahya tidak ambil mudah soal batas pergaulan

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ada cara tersendiri bila bertengkar, komunikasi elak masalah berbekas di hati

“Saya dengan Scha berbeza, dia suka bila anak-anak dah besar sebab lebih mudah untuk diuruskan.

“Manakala saya pula lebih suka anak yang masih kecil dan baru lahir sebab saya memang jenis suka gomol dan geletek,” ujarnya.

Sementara itu, Scha, 43, mengakui dia dan Awal pernah berbincang mengenai soal menambah zuriat, namun menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki.

Malah, Scha berkata dia terbuka sekiranya dikurniakan cahaya mata lagi walaupun sedar usia semakin meningkat.

Awal dan Scha serahkan rezeki anak pada ketentuan Allah.

“Saya dan Awal ada bercakap fasal tambah anak dan memang teringin, tak dinafikan.

“Saya dah menjangkau usia 40-an, tapi kalau ada rezeki saya tak menolak. Kalau tiada pun saya reda, tak nak cakap tutup kilang. Kalau ada kenapa tidak? Awal junior ke?” katanya berseloroh.

Untuk rekod, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 12, dan Lyla Amina yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain