suria

Kecoh video pelakon wanita di kelab malam, tak sombong disapa peminat

Keadaan berasak-asak membuatkan pelakon wanita dikawal pengawal peribadi.

KECOH di media sosial mengenai satu video tular yang memaparkan seorang pelakon berstatus ibu tunggal didakwa mengunjungi sebuah kelab malam di Miri, Sarawak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram pada Isnin memperlihatkan aktres yang mengenakan baju tanpa lengan itu tanpa segan silu berada di lokasi tersebut. 

Malah pelakon itu dilihat dikawal ketat oleh beberapa lelaki dipercayai pengawal peribadi. 

Namun dalam suasana yang bising serta berasak-asak itu, aktres berkenaan sempat melayani peminat yang menyapanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar wanita itu dikatakan mengunjungi pusat hiburan tersebut. 

Rata-rata netizen terkejut dengan kehadiran wanita berkenaan meskipun dirinya cukup dikenali ramai. 

Namun ada yang berseloroh dia ke pusat hiburan itu untuk menenangkan diri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah mirip pelakon wanita ke kelab malam tular, didakwa selamba teguk arak

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon buka mulut isu video joget di kelab malam... "Saya bekerja, cari duit untuk menyara diri dan anak-anak"

"Aku dah bebas katanya dulu, bayangkan mati dalam keadaan begitu.

"Minat sangat dengan dia ini dari masa kita anak dara lagi.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

"Jatuh saham artis masuk kelab malam dugem atau rempit, malu woi!," antara komen netizen.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh peminat pelakon berkenaan yang turut berada di lokasi sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain