suria

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia

Anak Amyza meninggal dunia akibat kanser.

ANAK sulung kepada pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, 20, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam Isnin akibat kanser paru-paru. 

Berita sedih itu disahkan oleh Amyza dalam satu kenyataan ringkas di InstaStrory miliknya. 

"Assalamualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri abadi. 

"Minta semua sedekahkan al-Fatihah buat anak saya," tulisnya. 

Sementara itu, pelakon Didie Alias turut mengesahkan berita tersebut ketika dihubungi mStar. 

Difahamkan Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.15 malam hari Isnin. 

"Ya betul. Meninggal di hospital," katanya. 

Amyza setia menemani anaknya hingga akhir hayat. 

Allahyarham Andre merupakan anak sulung Amyza dan disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak 15 Februari tahun lalu. 

Andre dimasukkan ke HKL beberapa hari lalu bagi menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain