suria

“Sejarah hitam apa menghantui hidup anda?”… Remy Ishak ‘sound’ individu pertikai rezeki pelakon tak halal

Remy kesal dengan kenyataan seorang individu yang seakan-akan memperlekeh golongan anak seni.

PELAKON Datuk Remy Ishak tampil bersuara apabila kerjaya lakonan dipersoalkan dan didakwa sebagai sumber rezeki tidak halal oleh seorang individu. 

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan tersebut yang disifatkan seakan-akan memperlekeh golongan anak seni.

Katanya sepanjang bergelar artis, dia  tidak pernah menyaksikan mana-mana rakan seperjuangan bertindak menghukum atau menghina individu lain, meskipun berdepan pelbagai ragam masyarakat.

Luahan Remy di hantaran Threads miliknya.

“Sudah lebih 20 tahun saya berada dalam industri persembahan atau hiburan, tidak pernah saya melihat walau sekalipun rakan sesama aliran seni ini menghukum, mencaci, mengherdik atau menghina sesiapa saja yang datang kepada kami.

“Pernah juga yang bukan peminat datang untuk bergambar, malah kami layan juga dengan senyuman,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam pada itu, Remy turut mempersoalkan punca sebenar individu tersebut yang dikatakan membenci golongan industri seni kreatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli ‘sound’ Tareq Fit minta fokus ibadah puasa, jangan sibuk cari salah orang… “Cukup-cukuplah, kita di Malaysia hidup harmoni”

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak cedera di lokasi penggambaran, alami keretakan tulang rusuk

“Tapi sejarah hitam apakah yang menghantui hidup sehingga anda membenci golongan industri seni atau kreatif ini? Ada ahli keluarga yang kena tikam dengan kami ke? Cuba kongsi sebabnya,” ujarnya lagi.

Remy berkata demikian bagi mengulas tindakan seorang individu yang menegur rakan seperjuangan, aktor, Kamal Adli dengan mempersoal sumber rezeki tidak halal kerana berlakon dan tidak menjaga aurat dengan pelakon wanita dalam Threads semalam.

“Aku nak tanya bro, berlakon dengan wanita dan tidak jaga aurat, halal ke?” soalnya.

Sebelum itu, Kamal menegur pempengaruh media sosial dikenali sebagai Tareq Fit agar memberi tumpuan kepada ibadah puasa dan tidak mempersoalkan penghasilan lagu raya oleh pempengaruh berperwatakan lembut. 

Bagaimanapun teguran itu dipercayai tidak diterima baik apabila Tareq mempersoalkan kerjaya lakonan Kamal dan mendakwa aktor itu mencari rezeki dengan cara tidak halal kerana berlakon bersama wanita yang tidak menjaga aurat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain