PENGARAH Dr Ahmad Idham tampil memberi penjelasan berhubung teguran yang dibuat mengenai isu kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan premis sekolah pendidikan khas miliknya.Membetulkan salah faham yang timbul, Ahmad Idham menegaskan perkongsian dibuat sebelum ini bukan untuk menyalahkan mana-mana individu atau pemilik perniagaan di lokasi berkenaan. Sebaliknya, teguran tersebut hanyalah luahan rasa kesal terhadap sikap segelintir pemandu yang sambil lewa ketika meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan.Teguran Ahmad Idham ditujukan kepada pemandu tidak bertanggungjawab. “Kalau betul-betul baca konteks itu, tidak ada kena-mengena dengan mana-mana individu atau syarikat. Sekiranya ada yang salah anggap daripada apa yang saya tulis, saya minta maaf kerana itu bukan niat saya.“Saya amat kesal dan kecewa. Kita masih berdepan dengan sikap pemandu atau pemilik kenderaan yang pentingkan diri dan tidak faham undang-undang, sesuka hati menghalang laluan premis orang,” katanya.Ahmad Idham berkongsi penjelasan itu menerusi satu hantaran video di TikTok bagi menjawab salah faham yang timbul sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cakap wisma saya ini kawasan tidak bertamadun” - Shahida ‘bahasakan’ Ahmad Idham ARTIKEL BERKAITAN: Impak Maksima 2 penentu karier Ahmad Idham, sedia undur diri jika gagalTambahnya, isu berkenaan bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlarutan sejak lama sehingga mengganggu urusan di premis miliknya.“Saya ada sekolah pendidikan khas. Dalam premis itu ada ramai anak murid.“Awak semua tanpa rasa bersalah halang laluan saya. Benda ini bukan berlaku hari ini saja, tapi sudah berbulan-bulan.Ahmad Idham tiada niat mahu menyalahkan mana-mana syarikat di lokasi berkenaan. “Macam-macam tindakan sudah diambil, tetapi pemandu yang melalui jalan itu seolah-olah tiada kesedaran. Dahlah block parkir orang, block pula laluan premis perniagaan,” luahnya.Sebelum ini Ahmad Idham berkongsi gambar dan video keadaan di kawasan sekitar Kota Damansara, Selangor yang sesak sehingga terpaksa mendapatkan bantuan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal lalu lintas.Hantaran tersebut mendapat respons usahawan Datuk Aliff Syukri yang merasakan tempias kerana wisma perniagaannya terletak di lokasi sama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube