PENYANYI, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal menyifatkan kemunculan lagu raya dengan sentuhan muzik moden sebagai perkembangan positif dalam industri hiburan tempatan yang sentiasa bergerak mengikut arus semasa.AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 55, berkata perubahan dalam dunia muzik adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan penggiat seni perlu menyesuaikan karya dengan selera generasi masa kini. “Dunia muzik berubah, jadi dalam penghasilan lagu, kita kena ikut peredaran semasa.AC Mizal menggalakkan penggiat seni lama terus berkarya mengikut trend semasa.“Karya yang kita hasilkan perlu sesuai dengan cita rasa orang zaman sekarang, kena ikut trend semasa,” katanya.AC berkongsi pandangan itu ketika ditemui pada sidang media dan pelancaran single Mari Menari Raya, baru-baru ini.Menurutnya, masih ada segelintir pihak yang beranggapan lagu raya baharu tidak mampu menandingi karya klasik, namun beliau melihat situasi tersebut sebagai lumrah dalam setiap perubahan zaman.Anggota kumpulan 4U2C itu turut menggesa penggiat muzik lama supaya terus aktif menghasilkan karya baharu dan tidak terlalu bergantung kepada lagu terdahulu yang pernah popular.ARTIKEL BERKAITAN: AC Mizal dan keluarga beraya di Berlin, ubati hati selepas pemergian ibu mentuaARTIKEL BERKAITAN: [V] AC Mizal kecewa Ajai tak faham undang-undang muzik, tuntut permohonan maaf 24 jam“Saya sendiri, yang sudah 36 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air ini sentiasa berkeinginan untuk tampilkan karya baharu mengikut peredaran zaman.“Masyarakat perlu sokong penggiat seni lama yang sentiasa mengikut perubahan zaman. Barulah dunia seni kita hidup,” ujarnya lagi.Dalam perkembangan sama, AC turut berkongsi mengenai single Mari Menari Raya yang menyaksikan dia berduet dengan penyanyi berbangsa Cina, JessC.Menurutnya, kesungguhan JessC menghasilkan lagu raya walaupun berlainan bangsa dan agama menjadi salah satu sebab dia bersetuju untuk terlibat dalam projek tersebut.AC Mizal tampil dengan lagu raya bersama JessC berjudul Mari Menari Raya. “Ini antara sebab yang membuatkan saya terima pelawaannya untuk berduet dalam lagu Mari Menari Raya.“Dia berbangsa Cina tetapi meraikan perayaan kita dengan usahanya menghasilkan lagu raya.“Kita kena sokong usahanya. Lagu ini mengajak kita bergembira di hari raya, saya harap ia diterima baik pendengar,” ujarnya.