PELAKON Kamal Adli mengimbau detik paling sukar dalam hidup apabila terpaksa melafazkan cerai terhadap bekas isterinya, Uqasha Senrose pada Januari lalu.Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mengakui gagal mengawal emosi sehingga menangis teresak-esak semasa prosiding berlangsung di mahkamah itu. “Semasa lafaz itu, saya menangis macam budak-budak. Sampai rasa malu dengan hakim.Kamal sebak imbau kembali kenangan di mahkamah.“Dalam mahkamah hanya ada kami sahaja, tiada orang lain. Bila sampai masa untuk lafaz, saya rasa diri ini ‘pecah’,” katanya ketika menjadi tetamu sebuah program televisyen.Dalam pada itu, Kamal turut memberitahu dia berdepan kesukaran untuk melafazkan cerai sehingga terpaksa mengulanginya sebanyak dua kali kerana sebutan tidak jelas.“Bila dapat kertas untuk lafaz, saya ingatkan saya okay. Tapi terpaksa ulang dua kali sebab tak jelas… menangis pula macam budak-budak.ARTIKEL BERKAITAN: “Kembali ke zaman bujang, raya pun tak rasa teruja macam dulu” - Kamal AdliARTIKEL BERKAITAN: “Tiada hak bermalam dengan Hawra, saya faham mungkin Uqasha risau” - Kamal Adli“Waktu itu sakit sangat, sampai saya tak mampu pandang sesiapa,” ujarnya.Tambahnya, ayat lafaz cerai yang perlu diucapkan menjadi detik paling meruntun perasaan sekali gus mendatangkan trauma kepadanya.“Ayat yang buat saya benar-benar ‘pecah’ ialah... dengan ini saya Ahmad Kamal menceraikan," luahnya.Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 2021.Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube