SELEPAS sekian lama menyimpan hasrat, pelakon Ikmal Amry tidak menyangka dia berpeluang bergandingan dengan aktres Amyra Rosli dalam drama berjudul Khianat Yang Terpilih.Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, menyifatkan gandingan mereka sebagai satu pencapaian peribadi yang cukup bermakna sepanjang penglibatannya dalam dunia seni. "Dulu saya hanyalah seorang peminat Amyra Rosli. Gigih cari tiket ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) hanya semata-mata nak jumpa depan-depan.Hantaran yang dibuat Ikmal di Threadsnya. "Pendek cerita, awal-awal jadi pelakon dah bayangkan akan berlakon dengan dia. Tapi, siapalah saya ketika itu," katanya.Ikmal berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads berserta tangkap layar perbualan dia menghantar mesej kepada Amyra sekitar tahun 2014.Menerusi mesej berkenaan, Ikmal memanggil Amyra dengan gelaran 'kakak' ketika dia mengirim gambar mereka bersama.ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol jauh lebih kacak, Ikmal Amry tak selesa masing-masing ada kelebihanARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry umum isteri hamil lima bulan, bakal sambut anak ketigaSelepas digandingkan bersama, Ikmal secara berseloroh memberitahu Amyra terpaksa menggunakan panggilan 'abang' bagi watak dalam drama lakonan mereka."Dan Allah adalah sebaik-baik perancang, sekarang dia pula kena panggil saya abang," ujarnya.Dalam pada itu, Ikmal menerusi hantaran di laman Instagram miliknya mengakui karakter Fahim yang dijayakannya dalam drama tersebut merupakan watak paling sukar pernah dibawanya setakat ini.Ikmal sifatkan watak Fahim adalah lakonannya yang paling susah. Ujarnya, personaliti Fahim yang menuntut kesabaran tinggi serta sifat pemaaf yang luar biasa benar-benar menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon."Fahim. Kau watak paling susah aku pernah bawa. Paling sabar sebagai seorang manusia. Memaafkan tanpa logik. Setia separuh nyawa. Terima kasih Fahim kerana meminjamkan rasa. Akan kusimpan selamanya," luahnya.Untuk info, selain Ikmal dan Amyra, drama Khianat Yang Terpilih turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Puteri Aisyah serta Ben Amir.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube