suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nash dikejarkan ke hospital selepas terkena serangan jantung

Nash kini dirawat di hospital akibat serangan jantung.

PENYANYI Datuk Nash dimasukkan ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor selepas mengalami serangan jantung pada pagi Isnin.

Perkara itu dikongsikan oleh Presiden Konsortium Industri Rakaman Music Malaysia (Irama), Ayob Abd Majid yang memaklumkan keadaan Nash atau Nashrudin Elias, 67, kini semakin stabil selepas selesai menjalani prosedur pada jantung. 

"Saya baru menerima berita ini daripada anak Nash, Shameer yang memberitahu bapanya kena serangan jantung pagi tadi dan terus dibawa ke Hospital Serdang. 

Keadaan Nash dilaporkan kembali stabil.

Keadaan Nash dilaporkan kembali stabil.

"Saya dimaklumkan juga Nash telah menjalani pembedahan dan keadaannya kini stabil. Cuma buat masa ini dia tidak boleh menerima sebarang pelawat," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Ayob menjelaskan bahawa prosedur berkenaan dilakukan selepas pemeriksaan mendapati saluran jantung penyanyi berkenaan tersumbat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nash dimarahi Jay Jay sebab lagu ‘Pada Syurga di Wajahmu’, imbau jasa arwah terhadap karier seninya

ARTIKEL BERKAITAN: Zamarul Hisham elak stres tak mahu fikir masalah, bimbang serangan jantung berulang

Justeru itu, Ayob memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan Nash serta dipermudahkan segala urusan rawatannya.

"Apa yang saya tahu Nash menjalani pembedahan kerana 80 peratus saluran jantungnya telah tersumbat. 

"Saya mohon orang ramai mendoakan agar Nash diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain