suria

Baru nak cantik-cantik lalu ‘red carpet’, pelakon hampir tersadung terpijak gaun sendiri

Hyun Been mencuri perhatian ramai di karpet merah Anugerah Seni Baeksang ke-62.

PELAKON Shin Hyun Been mencuri perhatian apabila berdepan insiden memalukan iaitu tersadung ketika berjalan di karpet merah Anugerah Seni Baeksang ke-62 yang berlangsung di COEX, Seoul, Korea Selatan pada Jumaat. 

Memetik laporan Allkpop, Hyun Been pada awalnya tampil anggun memukau dengan gaun panjang berwarna merah jambu, lengkap bersama padanan kasut tinggi sekali gus menjadi tumpuan lensa kamera.

Hyun Been masih mampu tersenyum walaupun tersadung di karpet merah.

Hyun Been masih mampu tersenyum walaupun tersadung di karpet merah.

Namun, suasana bertukar cemas apabila aktres berkenaan dilihat tersadung selepas terpijak hujung gaunnya sendiri ketika melangkah menyebabkan dia terjatuh di hadapan jurugambar dan tetamu yang hadir.

Meskipun cuba untuk menahan diri dan mengelak daripada terjatuh, Hyun Been dilihat hilang keseimbangan dan mencetuskan detik cemas di karpet merah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Heels’ 8 inci punya fasal, pelakon ‘Transformers’ dapat malu jatuh di karpet merah Oscar

ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Rowland hilang sabar, marah petugas keselamatan depan orang ramai

Sementara itu, pengacara karpet merah, Yoo Jae Pil bertindak pantas dengan segera meredakan keadaan dan membantu menyokong Hyun Been daripada terus terjatuh. 

Menariknya, walaupun berdepan insiden memalukan itu, Hyun Been tetap kekal tenang dan professional serta masih mampu mengukir senyuman tanpa menunjukkan rasa panik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain