suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem lebih suspen, pengarah Train To Busan kembali buat penonton berdebar… Kurang teknik CGI supaya nampak ‘real’ 

Filem ini menjanjikan lebih seram dari sebelumnya.

SELEPAS enam tahun tidak muncul dengan karya zombie, pengarah Korea Selatan, Yeon Sang Ho akhirnya kembali mengubati rindu peminat menerusi filem terbaharu berjudul Colony.

Sang Ho yang sebelum ini mencetuskan fenomena global luar biasa menerusi filem pecah panggung Train To Busan dan Peninsula, menyifatkan filem terbaharu ini sebagai naskhah yang paling agresif dan mendebarkan pernah dihasilkannya.

Berbeza dengan filem-filem terdahulu, Colony bakal memaparkan plot yang lebih hebat dan tidak disangka. 

Plot cerita ini dikatakan lebih menarik berbanding Train To Busan. 

Bukan sahaja jalan cerita yang mendebarkan, filem ini juga membariskan barisan pelakon hebat Korea Selatan iaitu Gianna Jun, Koo Kyo Hwan, Ji Chang Wook, Shin Hyun Been, Kim Shin Rock dan Go Soo.

Menurut Sang Ho, filem ini lebih menarik kerana pihak produksi memilih untuk meminimumkan penggunaan  imej janaan komputer (CGI) bagi menghidupkan watak makhluk dijangkiti tersebut.

Sebaliknya mereka menggunakan khidmat manusia sebenar iaitu koreografi tarian moden dan efek solekan bagi memberikan kesan yang lebih seram dan dekat dengan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Al Ghazali tak guna khidmat ‘babysitter’, pilih urus bayi sendiri… Eratkan hubungan ibu anak

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat misteri Yuta Nakamoto hantar gambar tidak senonoh, tukar nombor telefon pun masih diganggu

Bukan itu sahaja, filem ini turut menampilkan sinematografi berskala besar, aksi kelangsungan hidup yang penuh intensiti dan muzik elektronik yang menambahkan rasa cemas sepanjang filem berlangsung.

Dengan gabungan elemen 'horror thriller', 'survival' dan aksi brutal, Colony dijangka menjadi satu lagi fenomena baharu dalam genre K-zombie.

Colony akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Mei ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain