PENYANYI Ernie Zakri memohon orang ramai untuk tidak terburu-buru menilai lagu terbaharunya berjudul Tak Berlagu sebelum memahami konteks karya tersebut yang merupakan runut bunyi (OST) filem Khadam.Kata Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, karya tersebut bukan sebuah lagu pop seperti yang sering dibawakan sebelum ini, sebaliknya ia dibentuk mengikut suasana filem berkenaan yang lebih sinematik dan beremosi. "Lagu ini bukan lagu pop biasa yang saya rakamkan. Saya rasa komposer perlu meletakkan vibes filem juga dalam lagu ni. Ernie mahu tampil kelainan dalam karya terbaharu."Lagi pun Rendra dan NJWA (komposer) ada cara sendiri untuk berkarya. Saya yakin dan pasti kadang-kadang lagu yang lambat orang nak terima ini akan melekat dalam hati. "Pada saya tak adil juga kita judge lagu ini sebelum tonton filem itu. Korang kena tonton dulu baru dapat rasa emosi lagu ini," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Ernie menyifatkan peluang menyanyikan OST filem Khadam sebagai satu penghormatan besar buat dirinya, lebih-lebih lagi apabila filem tersebut merupakan projek berskala besar.ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa hilang ‘kelas’ selepas berkahwin, Ernie Zakri bahagia jadi diri sendiriARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tegur sikap suka cari salah lagu baharu… “Baju raya kita pun taste berbeza, apatah lagi muzik”"Sebenarnya bila saya diberitahu filem Khadam ini adalah berskala besar dan berbajet tinggi. Saya rasa ini merupakan projek sangat besar. "Sewaktu ditawarkan itu saya belum dengar lagi lagu tersebut tetapi saya suka untuk bekerjasama dengan projek-projek besar seperti ini. "Bila diberitahu lagu ini akan dibuat oleh NJWA dan Rendra sudah tentu saya terus cakap 'yes' kerana saya teringin untuk bekerjasama dengan mereka," ujarnya. Mengulas lanjut berhubung single terbaharunya itu, Ernie menjelaskan bahawa meskipun sudah lama tidak muncul dengan lagu baharu, dia enggan kembali dengan karya yang sama, sebaliknya cuba menampilkan sesuatu yang segar untuk pendengar.Ernie membawa emosi menerusi lagu Tak Berlagu."Bila diberi tanggungjawab untuk menyanyikan OST ini sudah tentu saya tak mahu buat main-main. "Kalau ikutkan kali terakhir saya keluarkan lagu pada tahun lalu, jadi agak lama juga saya macam senyap sekejap. "Saya rasa kalau nak keluarkan lagu buat pendengar saya mahu cuba beri kelainan tapi tetap best," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!