TANPA berselindung, isteri Shuk Sahar mendedahkan dia dan pelawak berkenaan melangsungkan pernikahan di Thailand pada November 2023.
Fara Salleh, 33, berkata, keputusan itu dibuat oleh Shuk sendiri walaupun dia pada awalnya tidak bersetuju disatukan di negara jiran.
“Shuk yang buat keputusan hendak berkahwin dan boleh tanya dia balik kenapa kami nikah di Thailand.
Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023.
“Saya tidak bersetuju bernikah di Thailand malah tidak mahu berkahwin dengannya disebabkan ada isu yang saya tak boleh terima.
“Tapi dia janji semuanya akan berubah dan kalau tak boleh bertahan, kami akan bercerai secara baik," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Fara mendedahkan perkara itu sebagai respons kepada kenyataan Shuk yang memberitahu masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada usaha perbaiki rumah tangga, isteri fail cerai terhadap Shuk Sahar
ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh lagi! Fara Salleh dedah layanan buruk Shuk sepanjang hamil, dilempar kata-kata hinaan… Dah sedia hilang suami
Bagaimanapun Shuk meminta persoalan mengapa perkara itu berlaku kepada Fara ketika ditemu bual menerusi program Melodi pada Khamis lalu.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fara berkata dia dan keluarganya sudah mendesak pelawak itu mendaftarkan perkahwinan mereka agar tidak timbul sebarang masalah.
Bagaimanapun dakwa Fara, Shuk tidak mengendahkan perkara itu seolah-olah ingin mengantungnya tidak bertali.
Sekarang dokumentasi semuanya sudah selesai.
FARA SALLEH
ISTRI SHUK
“Banyak kali mak ayah saya desak dan nasihat untuk daftar pernikahan tapi dia hanya kata okay sahaja… Dia memang nak gantung saya tak bertali.
“Sebab itu dia tenang dan tiada usaha selesaikan hal kami dan pentingkan diri sendiri. Tak fikir pun tentang isteri tengah mengandung,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fara mendakwa masalah bertambah rumit apabila Shuk menyembunyikan dokumen pernikahan mereka di Thailand bagi menghalang dia membuat pendaftaran perkahwinan mereka di Malaysia.
Bagaimanapun kata Fara, perkara itu tidak menghalangnya apabila mendapatkan khidmat ejen bagi memperoleh beberapa dokumen berkaitan pernikahan mereka di lusr negara.
Fara sudah hampir selesai daftar pernikahan.
Berkongsi lebih lanjut, Fara memberitahu dia ketika ini sedang menunggu panggilan dari mahkamah untuk hadir prosiding pengesahan perkahwinan mereka.
“Sekarang dokumentasi semuanya sudah selesai, tinggal tunggu mahkamah panggil untuk pengesahan. Selepas itu barulah saya boleh uruskan mengenai penceraian pula.
“Saya harap pihak dia beri kerjasama untuk selesaikan masalah kami," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!