PELAWAK Shuk Sahar didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya iaitu Fara Salleh menerusi panggilan telefon.
Perkara itu dikongsikan Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
Menurut Fara, 33, suaminya melafazkan cerai itu di Thailand dan tidak mengetahui tujuan Shuk melakukan tindakan tersebut di negara berkenaan.
Video yang dikongsikan Fara di Instagram.
"Kira-kira 12.45 tengah hari tadi dia baru ceraikan saya, Shuk buat lafaz cerai di pejabat agama Satun, Thailand tempat kami nikah hari itu.
"Dia bersama imam dan pegawai di sana. Tapi saya pun tidak pasti kenapa dia nak lafaz cerai Thailand.
"Sebab pihak pegawai itu juga maklumkan penceraian tetap perlu diuruskan di Malaysia," katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dedah nikah di Thailand, sudah desak Shuk daftar perkahwinan di Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh lagi! Fara Salleh dedah layanan buruk Shuk sepanjang hamil, dilempar kata-kata hinaan… Dah sedia hilang suami
Sebelum itu, Fara berkongsi video perbualannya dengan Shuk atau Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39, melafazkan talak berkenaan.
Tenang menerima keputusan itu, Fara turut meluahkan rasa lega apabila dia kini dibebaskan selepas lama menantikan saat itu.
Malah, dia akan menguruskan urusan penceraian berkenaan mengikut undang-undang di negara ini.
Saya tak akan diam dan jadi bodoh.
FARA SALLEH
"Alhamdulillah, Allah permudahkan. Saya rasa gembira dan tenang, sebab selama ini saya tertunggu-tunggu berapa lama proses ini akan selesai.
"Selama bergelar isteri masih banyak batas yang perlu diikuti. Secara sahnya kami memang sudah bercerai cuma dari segi undang-undang kami tiada dokumen yang lengkap,
"Saya akan selesaikan pengesahan pendaftaran nikah kami 15 April ini di sini, saya akan selesaikan semua perkara di Malaysia. Saya tak akan diam dan jadi bodoh. Sebab kami ada anak," ujarnya.
Shuk dan Fara mendirikan rumah tangga pada 2023.
Dalam pada itu, Fara memberitahu dia akan menuntut nafkah anak mereka yang dijangka lahir pada Julai depan.
Baginya, dalam hal ini Syuk masih perlu menjalankan tanggungjawab sebagai yang seorang bapa.
"Saya juga akan tetap menuntut nafkah untuk anak saya dari awal, tak ada yang kurang sikit pun. Dia tak ada beri apa-apa pun, raya pun tak ada datang dan minta maaf.
Shuk dan Fara bakal timang cahaya mata sulung.
"Berlainan dengan dua anaknya yang lain, dia sanggup ke Sabah untuk beraya dengan mereka," ujarnya.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!