SUAMI penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk fitnah berhubung kemelut rumah tangga mereka sebelum ini.
Menerusi jawapan kepada surat tuntutan atau letter of demand (LOD) terhadapnya, Iqwan, 42, sebaliknya menjelaskan semua kenyataan dibuat adalah merupakan satu bentuk pembelaan terhadap dakwaan penyanyi itu kepadanya.
“Segala penyataan dibuat aleh anak guam kami (Iqwan) merupakan suatu pembelaan terhadap dakwaan dinyatakan oleh anak guam tuan (Zehra) di dalam Surat Akuan kepada Saman yang telah difailkan.
Iqwan terbuka berkongsi kemelut dalam rumah tangga.
“Penyataan tersebut menjadi 'absolute privilege' yang tidak boleh diklasifikasikan sebagai fitnah,” katanya dalam surat jawapan tersebut.
Iqwan berkongsi keratan sebahagian surat jawapan itu bertarikh 30 April 2025 di laman Thread miliknya pada Jumaat.
Ia sebagai membalas kepada LOD diterima sebelum ini daripada Zehra.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan suami ganggu emosi, Zehra Zambri serah LOD
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami dakwa Zehra Zambri panas baran, pernah kena pukul sebab peminat ‘like’ gambar IG
Surat berkenaan juga menyatakan setiap dakwaan dibuat Zehra juga berbentuk fitnah sekiranya penyanyi itu tidak bersetuju dengan jawapan kenyataan Iqwan.
"Sekiranya tindakan anak guam kami disifatkan sebagai fitnah, maka dakwaan-dakwaan dibuat oleh anak guam tuan di dalam surat akuan juga merupakan suatu fitnah kerana ia telah memenuhi segala elemen fitnah itu sendiri," jelas dalam surat itu lagi.
Pada 22 April lalu, Zehra, 38 mengeluarkan LOD terhadap Iqwan untuk berhenti membuat sebarang kenyataan berhubung isu rumah tangga mereka yang kini dalam proses perbicaraan mahkamah.
Zehra memfailkan cerai terhadap Iqwan pada Mac lalu.
Kesal dengan tindakan Iqwan terbuka berkongsi kemelut rumah tangga mereka, Zehra juga mendakwa ia mengganggu emosi sendiri.
Untuk rekod mereka mendirikan rumah tangga pada 11 November 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.
Zehra memfailkan cerai terhadap Iqwan pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!