KOMPOSER Ajai tidak berhasrat untuk terlibat dengan lebih mendalam susulan luahan kekecewaan pengacar Datuk AC Mizal berkenaan kontrovsersi penganjuran konsert kumpulan 4U2C, iaitu WE 4U2C Live In Concert.
Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 50, berkata apa yang dikongsikan sebelum ini hanya menjawab pertanyaan media dan mengikut pengetahuannya berdasarkan fakta serta pengalaman.
"Tiada niat nak masuk campur, saya berkongsi berdasarkan fakta dan pengalaman yang pernah dilalui kumpulan Exists lalui.
AC Mizal kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan Ajai (kiri).
"Isu ini juga umum, bukan niat kami tidak baik dan mahu menutup periuk nasi sesiapa," katanya ketika dihubungi mStar.
Dia mengulas isu itu selepas sidang media tergempar 4U2C yang diadakan pada petang Rabu di Kuala Lumpur.
Tambah Ajai lagi, dia bersama kumpulan Exists juga pernah melalui pengalaman yang hampir serupa sebelum ini dan enggan pengkarya lain menerima nasib yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN: AC Mizal kecewa Ajai tak faham undang-undang muzik, tuntut permohonan maaf 24 jam
ARTIKEL BERKAITAN: Ikut ‘law’ 4U2C perlu minta izin Man Senoi, Exists cadang ‘duduk semeja’ dan berbincang
"Kami pernah alami isu seperti ini ketika mahu meninggalkan syarikat rakaman lama sebelum sertai label antarabangsa.
"Jadi, kami tak mahulah isu seperti ini terpalit kepada mereka yang berkarya. Apa yang disampaikan hanyalah berkaitan fakta dan undang-undang," kongsinya lagi.
Sebelum itu dalam sidang media yang berlangsung AC meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan Ajai menyatakan kumpulan 4U2C tidak boleh adakan konsert tanpa mendapat kebenaran pemilik lagu-lagu dinyanyikan.
Penganjuran konsert 4U2C cetus pelbagai kontroversi.
Menurut AC atau Mizal Zaini, 54, kenyataan yang dibuat seolah-olah menggambarkan Ajai tidak faham akan perundangan muzik seperti yang terkandung dalam Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
AC menerusi peguamnya juga menuntut Ajai membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang di ambil.
Kontroversi berkaitan konsert 4U2C mula tercetus apabila penerbit Man Senoi dan isteri, Mama Rap mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert biarpun mereka memiliki hak sepenuhnya ciptaan lagu-lagu kumpulan itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube