HAMPIR setahun mengenali hati budi, pelakon Erra Fazira dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati iaitu Ezwan Zain pada minggu hadapan.
Menurut sumber kepada mStar, pasangan itu kini sedang giat melakukan persiapan selain sudah menghubungi keluarga dan kenalan rapat ke majlis hari bahahgia mereka.
"Saya difahamkan mereka bakal disatukan minggu depan. Tarikhnya saya sudah tahu, tapi lebih manis jika bakal pengantin yang umumkan.

Hubungan Erra dan Ezwan dihidu peminat sejak Januari lalu.
“Saya diberitahu mereka sudah mula menjemput ahli keluarga dan kenalan rapat. Saya doakan mereka kekal bahagia hingga ke syurga,” katanya ringkas kepada mStar.
Dalam pada itu, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, dikatakan bakal mengumumkan tarikh bahagia mereka pada hari pelancaran video muzik lagu berjudul Cinta Abadi pada petang Selasa.
Malah Cinta Abadi dipercayai bakal menjadi lagu tema perkahwinan pasangan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Aleesya jadi rebutan jenama, Erra Fazira belum sedia ‘lepaskan’... “Minatnya lebih menjurus bidang penulisan”
ARTIKEL BERKAITAN: “Belum ada tarikh” - Erra Fazira
Sebelum ini, Erra memaklumkan dia dan Ezwan masih belum ada perbincangan rasmi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Malah, dia menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu apabila Erra memuat naik ucapan berbaur romantis kepada Ezwan pada Januari lalu.
Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014.

Erra dan Ezwan kira hari untuk disatukan.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.
Erra bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama Yusry.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


