suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pelakon wanita, suami ditahan lagi… Kali ini kes pelaburan lembu

PELAKON wanita yang sebelum ini direman bagi siasatan dua kes penipuan sekali lagi ditahan oleh pihak berkuasa. 

Terbaharu pelakon tersebut bersama suaminya ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kedua-dua mereka ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pelakon wanita bersama suaminya disoal siasat bagi membantu kes penipuan. 

"Untuk makluman, berkenaan pelakon dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman," katanya memetik laporan Berita Harian. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita, suami turut disiasat kes tipu tawaran darjah kebesaran

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelakon drama Nur, suami direman tiga hari kes tipu tanah RM1.5 juta… “Tulis apa yang betul ya”

Pada Ahad media melaporkan reman ke atas pelakon tersebut disambung susulan disyaki terlibat dalam penipuan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk terhadap seorang individu.

Sebelum itu Mahkamah Majistret Seremban membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap pelakon wanita berkenaan bersama suaminya bagi membantu siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah membabitkan kerugian RM1.5 juta bermula Khamis lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain