ANAK kepada Abby Abadi iaitu Marissa Dania memberi bayangan hubungan dengan suami, Ahmad Aslam, bakal berakhir. Marissa, 21, berkata perbicaraan kes lafaz cerai luar mahkamah yang sedang berlangsung pada Isnin lalu terpaksa ditangguhkan kerana pihaknya masih belum memberi keterangan di mahkamah. "Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberi keterangan. Marissa beri bayangan rumah tangga."Kami kini dalam proses berpisah dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai," katanya dalam hantaran InstaStory.Dalam pada itu, dia berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang sepkulasi melibatkan perkahwinannya lagi."Saya harap tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak, bagi ruang dan jangan buat sebarang kesimpulan atau andaian," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama Aslam ‘berbuih mulut’ nasihat keluarga Marissa ambil tindakan sebelum lebih parah ARTIKEL BERKAITAN: Aslam, Marissa tak lengah daftar nikah lepas kahwin di Thailand, peguam perjelas tiga kekeliruan utamaSebelum ini, Aslam dilaporkan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya itu di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025. Bagaimanapun pasangan ini dikatakan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dalam bulan sama ketika kedua-dua lafaz tersebut dibuat. Pasangan ini dilihat di mahkamah bagi perbicaraan pertama pada Isnin lalu.Permohonan untuk pengesahan cerai dan rujuk itu dibuat oleh Aslam atau Ahmad Aslam Saifun Kasyfun Nazir Rasyid, 27, pada 10 Mac lalu. Untuk rekod Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube