suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Hadir mahkamah syariah, Norreen Iman hanya senyum mengadu lapar

STATUS rumah tangga pelakon Norreen Iman kembali menjadi tanda tanya apabila aktres itu dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai membabitkan dirinya dan suami, Mohd Raizi Abd Razak.

Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 32, dilihat mengenakan jubah hitam tiba di mahkamah bersama Mohd Raizi sekitar pukul 9 pagi Rabu, sebelum prosiding diteruskan di hadapan Hakim Syarie, Nadiah Khamis.

Difahamkan, pasangan berkenaan hadir tanpa diwakili peguam syarie, manakala butiran lanjut mengenai kes tersebut masih belum didedahkan.

Noreen enggan mengulas lanjut berhubung kemelut rumah tangganya.

Selepas prosiding tamat kira-kira pukul 1.30 petang, pasangan ini memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut kepada media.

"Smile (senyum). Saya cuma rasa lapar saja sekarang ini," kata Norreen ringkas sambil berlalu.

Pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Norreen selaku plaintif pada bulan ini, namun keputusan prosiding berkenaan masih belum diumumkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh perguna pembantu rumah berniaga cilok, Norreen Iman mahu bantu Bibik Anah jana pendapatan 

ARTIKEL BERKAITAN: Norreen Iman banyak menangis sepanjang umrah, luah hasrat kembali ke Tanah Suci pada Ramadan

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga pasangan itu selepas mereka didakwa sudah jarang berkongsi foto bersama di media sosial, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Norreen bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan dan menjelaskan rumah tangganya berada dalam keadaan baik, namun memilih untuk tidak lagi terlalu terbuka berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain