suria

Kisah bomoh terkenal jadi taruhan, pengarah ‘Polong’ mahu bawa karya ke luar negara

Zulkarnain mahu Polong berjaya dan mengharumkan nama Malaysia.

MAHU mencabar diri mengarahkan genre seram, pengarah Zulkarnain Azhar berjanji akan menampilkan kelainan dalam filem terbaharunya berjudul Polong.

Zulkarnain berkata, karya tersebut bakal menerapkan unsur-unsur tradisi masyarakat Melayu tanpa mengikut acuan budaya luar.

Malah Polong diinspirasikan daripada kisah seram sebenar yang berlaku sekitar tahun 90-an tentang seorang bomoh terkenal.

"Saya menjanjikan kelainan kerana filem seram yang ada sekarang banyak mengikut acuan luar.

Zulkarnain cabar diri mengarah filem seram.

"Tapi Polong saya nak terapkan budaya dan tradisi serta kisah rakyat yang sepatutnya diketengahkan dalam filem kita," katanya.

Berkongsi lanjut, Zulkarnain juga berharap karya yang akan dihasilkannya itu dapat mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia.

Tambah Zulkarnain perkara itu tidak mustahil untuk dilakukan jika filem itu dapat dihasilkan dengan betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah banyak kali tertunda, Nadiya Nisaa mahu berehat berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Kutip RM8 juta dalam 4 hari, ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ bakal masuk pawagam Korea Selatan, Jepun dan Taiwan

"Saya berhasrat mahu mengangkat filem Melayu ke persada dunia.

"Kebanyakan filem Melayu hanya menang di peringat domestik, setakat ini belum ada lagi filem seram yang berjaya di bawa ke luar.

"Dalam karya ini saya akan banyak mengetengahkan budaya dan tradisi kita yang orang luar tidak tahu," ujarnya.

Zulkarnain pasang impian Polong ditayangkan di luar negara.

Polong merupakan kisah wanita bernama Maria Hadi lakonan June Lojong iaitu manusia yang hidup dengan amalan ilmu hitam dan dosa lampau, namun cuba mencari keampunan ketika akhir hayatnya.

Sehinggakan Maria terpaksa melepaskan polong belaan itu kepada orang yang tidak sepatutnya.

Akan tetapi polong berkenaan ingin membalas dendam selepas kematian Maria dan sumpah laknatnya sebelum itu perlu dihadapi oleh pewaris wanita berkenaan.

Barisan pelakon filem Polong.

Filem Polong yang menelan kos sebanyak RM3 juta keseluruhannya itu akan menjalani penggambaran di tiga buah negeri iaitu Selangor, Melaka dan Johor Bahru.

Naskhah tersebut juga dijangka memulakan penggambaran pada Mei depan.

Polong menampilkan barisan pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Nam Ron, June Lojong dan Nadiya Nisaa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?