KELAB Liverpool bersetuju untuk mendapatkan pemain pertahanan Manchester City, Kolo Toure bagi aksi musim depan.
Toure bakal menjadi pemain rasmi The Reds sebaik sahaja kontraknya bersama City tamat minggu hadapan dan akan bersama kelab pada 1 Julai ini.
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berminat dengan pemain berusia 32 tahun ini berdasarkan pengalamannya sekaligus dapat menggantikan pemain veteran Jamie Carragher yang bersara musim ini.