TEMAN wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez akan menerima £86,000 (RM500,738) sebulan sekiranya berpisah, walaupun pasangan itu belum berkahwin.
Mememtik laporan Dailymail, bayaran tersebut susulan perjanjian pra-perkahwinan yang dibuat untuk menjamin masa depan kewangan Rodriguez.
Khabar angin mengenai pembayaran ala 'nafkah' ini telah tersebar selepas timbulnya desas-desus kononnya hubungan pasangan berkenaan dikhabarkan dilanda badai.
Bagaimanapun, ibu Ronaldo menyangkal spekulasi perpisahan anaknya dengan model jelita berusia 29 tahun itu.
Malah pasangan itu baru-baru ini dilihat menghabiskan masa bersama di Sepanyol, sekaligus menjawab tanda tanya mengenai status hubungan mereka. -Goal.com
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube