suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mbappe enggan jumpa wakil Al-Hilal, tak kisah tolak tawaran mega RM1.51 bilion

Mbappe menolak sebarang rundingan dengan wakil kelab Al-Hilal yang hadir di Paris. -Gambar Getty Images

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dilaporkan enggan bertemu dengan wakil dari kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Bintang Perancis itu menolak 'sebarang rundingan dengan wakil kelab Al-Hilal, yang hadir di Paris', lapor akhbar sukan L'Equipe.

Menurut laporan tersebut, delegasi kelab Arab Saudi tu datang ke Paris untuk memuktamadkan perpindahan pemain Brazil, Malcom dari Zenit Saint Petersburg.

Mereka juga mahu membentangkan projek kepada Mbappe sepanjang berada di ibu negara Perancis.

Penolakan Mbappe sekali gus memberi tamparan kepada cita-cita kelab Arab Saudi itu untuk melengkapkan rekod perpindahan dunia bernilai €300 juta (RM1.51 bilion).

Al-Hilal sebelum ini terlepas untuk mendapatkan Lionel Messi, yang menyertai Inter Miami selepas dua tahun di PSG. -ESPN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain