suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerard Pique, kekasih baharu pindah ke rumah pernah dikongsi bersama Shakira

Pique pindah ke rumah baharu bersama Clara yang pernah diduduki bekas isterinya, Shakira.

BINTANG Barcelona, Gerard Pique dilaporkan membawa teman wanita baharunya, Clara Chia Marti berpindah ke rumah yang pernah dikongsi bersama bekas isteri, Shakira.

Ia merupakan kediaman pertama didiami oleh Shakira dengan Pique ketika mula-mula datang ke Sepanyol.

Bukan sekadar itu, ia juga merupakan rumah yang didiaminya semasa hamil bersama anak sulung bekas pasangan itu Milan, 10.

Pasangan itu mengesahkan berakhirnya hubungan 11 tahun mereka pada Jun lalu, sejurus selepas bekas pemain bola sepak FC Barcelona dan Sepanyol, Pique, dituduh menipu penyanyi berusia 46 tahun itu.

Gerard mendedahkan teman wanita yang rakan sekerja baharunya, Clara, selepas mengesahkan perpisahannya dengan Shakira.

Untuk rekod, Shakira dan Gerard dikurniakan dua anak lelaki iaitu Shasha dan Milan.

Awal April lalu, Shakira membuat keputusan untuk berpindah ke Miami selepas dikatakan bertemu dengan kekasih baharu. -DAILY MAIL

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain