suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ala parti ‘baju tidur’, sukan gusti main bantal

Pertarungan menggunakan bantal. -Gambar ESPN

PERLAWANAN gusti tidak semestinya ganas, kejam, berdarah dan menyakitkan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi lembut, gebu, tidak berbahaya dan dikurangkan kepada jenis aktiviti yang biasanya dilihat di parti baju tidur.

Mereka yang menghargai kemahiran seni bela diri campuran (MMA) tetapi fobia terhadap darah kini mempunyai sukan khusus mereka sendiri yang antara lain menjaga kesihatan dan keselamatan.

Sukan gusti yang menggunakan bantal sebagai 'senjata' ini mempunyai pengadil dan keinginan untuk menjatuhkan lawan.

Daily Star Sport memperkenalkan anda kepada dunia PFC yang lembut dan empuk iaitu Kejohanan Dunia Pertarungan Bantal.

"PFC bukan hanya tentang pertarungan bantal yang sukar, ia juga mengenai hiburan dan keseronokan yang sejati.

"PFC berkembang dengan pantas sebagai pertunjukan berasaskan sukan yang sangat popular, lengkap dengan semua kekuatan, stamina dan kemahiran strategik sukan tempur," menurut kenyataan di laman web rasmi FFC.

Menariknya, sukan ini kini disiarkan oleh ESPN, salah satu penyiar sukan yang paling tersohor di dunia, terutama di Amerika Syarikat (AS). - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

gusti bantal, tinju, gusti, MMA

Artikel Lain