suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petinju wanita nampak sisi lain McGregor selepas luang masa bersama - “Dia sangat penyayang”

Bridges anggap McGregor sebagai inspirasinya untuk berjaya,

PETINJU wanita Ebanie Bridges menyifatkan juara UFC Connor McGregor sebagai seorang lelaki yang prihatin dan penyayang.

Menurut Bridges, sikap McGregor jauh berbeza daripada apa yang sering digambarkan menerusi laporan media sebelum ini.

"Dia sangat penyayang dan mahu semua orang okey. Dia sangat prihatin. Dia sentiasa fikirkan orang lain. Itu perkara yang orang tak nampak.

"Dia baik, menyeronokkan, suka bagi sokongan dan sentiasa positif. Saya rasa kesian apabila orang di luar sana fikir dia sebaliknya," kata Bridges.

Tambah Bridges, dia sangat berterima kasih atas sokongan McGregor yang sentiasa memberi semangat untuknya terus maju dalam bidang itu.

"Dia kata abaikan haters. Dia sememangnya inspirasi saya. Saya mahu ikut jejak langkahnya untuk berjaya," katanya lagi.

Untuk rekod, Bridges memiliki lebih 773,000 pengikut di Instagram dan sering berkonsi rutin hariannya sebagai petinju menerusi platform itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain