suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas bintang Man City Riyad Mahrez ‘kahwin’ dengan model kali kedua, rancang majlis ketiga

Mahrez dan Taylor pada majlis perkahwinan mereka. -Gambar IG taylorwardx / riyadmahrez26.7

RIYAD Mahrez melangsungkan perkahwinan dengan model Taylor Ward buat kali kedua, dan merancang untuk mengadakan majlis seterusnya untuk kali ketiga.

Bekas bintang Manchester City itu meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris pada musim panas ini untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Ahli.

Mahrez, 32, mula menjalinkan hubungan dengan Taylor pada 2020.

Model berusia 25 tahun itu merupakan anak kepada bekas penyerang Norwich City dan Blackburn Rovers, Ashley dan bintang Real Housewives of Cheshire, Dawn.

Mahrez (belakang, kanan) dan Taylor (belakang, kiri) bersama anak-anak. -Gambar IG taylorwardx / riyadmahrez26.7

Mahrez mengadakan majlis perkahwinan itu selepas melangsungkan perkahwinan secara rahsia mengikut undang-undang Islam pada Januari 2022.

Mereka berbuat demikian sebelum menyambut kelahiran anak pertama mereka, Mila.

Mahrez turut dikurniakan dua anak perempuan menerusi perkahwinan terdahulu.

Ketiga-tiga anaknya turut hadir pada majlis perkahwinan bapa mereka dengan Taylor di sebuah hotel lima bintang di London, England, pada Isnin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain