suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelumba F1 tenang selamatkan diri, selamba bangun selepas kemalangan di Grand Prix Singapura

Stroll tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

PELUMBA Formula Satu (F1) Lance Stroll dilihat tenang keluar daripada jenteranya selepas dia terlibat dalam kemalangan semasa peringkat kelayakan Grand Prix Singapura pada Sabtu.

Pelumba Kanada itu hilang kawalan ketika dia melepasi selekoh terakhir, menyebabkan jentera F1 dipandunya merempuh dinding pada kelajuan tinggi.

Hentakan itu merobek sepenuhnya roda kiri hadapan sehingga jentera itu berhenti di tengah-tengah trek.

Meskipun impak kemalangan itu kelihatan agak teruk, Stroll dilihat masih mampu untuk keluar daripada jentera itu dengan bersahaja.

Sejurus kemalangan itu, Stroll dibawa ke pusat perubatan untuk dinilai, mengikut peraturan F1.

Doktor kemudiannya mengesahkan dia sihat untuk meneruskan perlumbaan pada Ahad. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain