suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Roy Keane gesa Sancho jangan 'keras kepala' untuk minta maaf - “Rasa malu kalau prestasi buruk”

Roy Keane menggesa Sancho untuk memohon maaf kepada jurulatih kelab, Erik ten Hag.

KEADAAN yang kurang sihat di dalam bilik persalinan Manchester United memaksa campur tangan daripada bekas kapten mereka, Roy Keane.

Menurutnya, dia akan berasa malu jika prestasinya ketika latihan dikritik, dan menggesa Jadon Sancho meminta maaf kepada pengendali, Erik ten Hag.

Sancho ketika ini tersisih daripada skuad utama selepas dia berkeras untuk tidak meminta maaf kepada Ten Hag susulan kenyataannya terhadap pengendali itu di media sosial.

Pemain sayap United itu mendakwa dia dijadikan kambing hitam dan mendakwa Ten Hag adalah seorang penipu selepas kekalahan di Arsenal.

Sancho dilaporkan dilarang menggunakan kemudahan untuk skuad senior termasuk dewan makan.

Sancho, yang menyertai United dari Borussia Dortmund pada tahun 2021, hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dalam tiga perlawanan musim ini, dan langsung tidak tersenarai dalam skuad selepas kenyataannya itu.

"Saya akan marah kepada Sancho jika dia tidak berlatih dengan betul. Berkenaan personaliti, semua orang berbeza.

"Saya akan berasa malu jika pengendali pasukan datang menegur saya depan-depan atau bercakap kepada media tentang saya.

"Namun perkara ini akan berlalu dengan pantas jika kita menerima kesilapan kita dan meminta maaf," kata Keane. - talkSPORT

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain