suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar luah rasa bimbang selepas video situasi padang di Stadium Azadi tersebar

Video memaparkan kakitangan Stadium Azadi menyambung rumput sebagai persiapan perlawanan Al-Hilal-Nassaji. -Gambar media sosial

PENYERANG Brazil, Neymar meluahkan rasa bimbang selepas melihat situasi padang di Stadium Azadi menjelang aksi kedua Kumpulan D antara Al-Hilal dengan Nassaji Mazandaran bagi saingan AFC Champions League.

Ia susulan tersebarnya satu video memaparkan keadaan padang Stadium Azadi di media sosial.

Video tersebut menunjukkan beberapa kakitangan stadium sedang menyambungkan potongan rumput bagi menutup bahagian permukaan konkrit yang terdedah.

Kerja-kerja penambahbaikan padang ini dipercayai dibuat tiga hari sebelum perlawanan Al-Hilal-Nassaji.

"Ini tidak mungkin," tulis Neymar ringkas di platform X, merujuk kepada video tersebut.

Dalam pada itu, ramai berharap Al-Hilal tidak menurunkan Neymar untuk perlawanan pada awal pagi 4 Oktober itu.

"Neymar jangan ambil risiko bro, padang itu kelihatan seperti perangkap maut," tulis warga maya. -Thesun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain