suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah 2 kali bersara, legenda WWE Ric Flair mahu bergusti lagi pada usia 74 tahun

Ric Flair mahu membuat kemunculan semula. -Gambar AP

SETELAH dua kali bersara, legenda WWE Hall of Famer Ric Flair mengakui bahawa dia mahu mengadakan satu lagi perlawanan gusti pada usia 74 tahun.

Sehingga Julai 2022, Flair tidak bergusti sejak zamannya dalam Impact Wrestling pada 2011 apabila dia menentang Sting.

Dia akhirnya membuat kejutan dengan menamatkan kerjaya selepas usianya 50 tahun.

Bagaimanapun, dia muncul untuk WWE banyak kali sejak itu, terutamanya menguruskan anak perempuannya Charlotte, tetapi keinginannya untuk kembali ke gelanggang tidak pernah pudar.

Bagaimanapun, juara dunia 16 kali itu naik ke gelanggang sekali lagi pada tahun lalu untuk apa yang dianggap sebagai kali terakhir.

Ketika itu dia bergandingan dengan menantunya yang merupakan bintang AEW, Andrade bagi menentang Jay Lethal dan Jeff Jarrett.

Kini Flair mahu membuat kemunculan sekali lagi.

Bercakap kepada Chris Van Vliet awal minggu ini, dia menyuarakan hasrat untuk kembali bergusti.

"Tidakkah ia gila? Saya rasa kerana, Ricky Morton, lelaki yang sepatutnya saya pilih untuk perlawanan terakhir saya... pasti hebat," katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain