suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 penyokong Sweden ditembak mati, pemain enggan teruskan perlawanan kelayakan Euro 2024

Beberapa penyokong kelihatan sedih berhubung insiden berkenaan.

PERLAWANAN kelayakan Euro 2024 antara Belgium dan Sweden tergendala pada separuh masa pertama selepas dua peminat bola sepak mati ditembak.

Kedua-dua mangsa lelaki itu memakai baju Sweden, ditembak mati di jalan sebelum perlawanan di Brussels.

Pemain Sweden memutuskan semasa rehat untuk tidak meneruskan permainan, dengan kedudukan 1-1 pada separuh masa.

Keputusan ini telah dipersetujui oleh rakan sejawatan mereka dari Belgium.

Belgium dalam kenyataan berkata, disebabkan insiden di Brussels awal malam ini (16 Oktober), permainan digantung.

Catatan media sosial Swedish FA menambah, perhatian mereka tertuju kepada semua saudara mara yang terjejas di Brussels.

Dalam pada itu, UEFA berkata, susulan serangan yang disyaki pada petang ini, telah diputuskan, selepas berunding dengan kedua-dua pasukan dan pihak berkuasa polis tempatan, bahawa perlawanan kelayakan UEFA EURO 2024 antara Belgium dan Sweden akan dihentikan.

"Komunikasi lanjut akan dibuat dalam masa terdekat,” ujar jurulatih Sweden, Janne Andersson.

Malah kata beliau, pemain memutuskan untuk tidak meneruskannya kerana menghormati mangsa dan keluarga mereka. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain