suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo dijemput jadi panel Esports World Cup 2024, teruja sepentas dengan Putera Mahkota Arab Saudi

Ronaldo teruja bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. Gambar Twitter Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo melahirkan rasa teruja selepas bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman pada Isnin untuk membincangkan masa depan eSports.

Kedua-duanya bertemu semasa majlis pengumuman penganjuran pertama kali Piala Dunia eSukan di Arab Saudi, pada tahun depan.

"Suatu penghormatan untuk bertemu lagi dengan Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada panel ini hari ini membincangkan masa depan esports dan pelancaran #esportsworldcup pertama yang akan diadakan di Arab Saudi tahun depan!" Ronaldo menulis di Twitter.

Penyerang Portugal itu yang kini menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr, adalah salah seorang daripada beberapa tokoh sukan yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam perbincangan panel yang diketuai oleh Putera Mahkota tersebut.

Arab Saudi menaruh harapan dapat memanfaatkan pertumbuhan dalam bidang tersebut dan mewujudkan dirinya sebagai hab untuk e-sukan di Timur Tengah. -Modernghana

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain