suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

El Ghazi berdepan risiko batal kontrak gara-gara sokong Palestin

Konntrak sebagai pemain bola sepak Al Ghazi dibatalkan oleh Mainz. - Gambar Getty Image (kiri)

KONTRAK bekas pemain bola sepak Aston Villa, Anwar El Ghazi di Mainz bakal ditamatkan, berikutan hantarannya yang menyokong Palestin, baru-baru ini

Pemain berusia 28 tahun itu digantung daripada menyertai perlawananawal oleh kelab Bundesliga pada Oktober, dengan alasan tidak selari dengan nilai kelab tersebut.

Menurut laporan Dailymail, Mainz memutuskan untuk membatalkan kontrak pemain Belanda itu yang sepatutnya berlanjutan sehingga 2025.

El Ghazi didakwa enggan memohon maaf dan memberitahu mengenai pendiriannya memperjuangkan keamanan dan kemanusiaan.

Bagaimanapun, hantaran menerusi story di Instagram tersebut telah dipadamkan.

Namun, Mainz masih belum mengulas susulan kenyataan mereka mengenai penggantungan awalnya.

Terdahulu, El Ghazi merupakan salah seorang pemain yang jarang bercakap mengenai konflik Israel-Palestin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain