RAMAI dalam kalangan kita suka berkongsi pengalaman melancong ke luar negara menerusi media sosial masing-masing.Namun di sebalik keterujaan tersebut, ada beberapa perkara penting yang sering dipandang ringan oleh para pengembara atau 'kaki travel'. Seorang juruterbang, Kapten Gazze Azri tampil berkongsi tip keselamatan di lapangan terbang khususnya buat mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara.Kapten Azri (kiri) berkongsi tip keselamatan berguna untuk kaki travel.Berikut tujuh perkara yang menurutnya perlu diberi perhatian:1. Elak kongsi gambar tiket penerbangan lengkapTindakan memuat naik gambar tiket termasuk nombor penerbangan, nama penuh dan kod bar boleh mendedahkan maklumat peribadi dan membahayakan keselamatan diri dan keluarga.2. Jangan mudah berkongsi akses (ruang) bagasi dengan individu tak dikenaliPenggunaan ruang bagasi secara perkongsian boleh membawa padah atau masalah apabila barang yang dibawa individu lain itu mengandungi kandungan terlarang.3. Elakkan diri daripada sikap terlalu 'baik hati'Walaupun atas dasar ihsan, jangan sesekali bawakan barangan hak milik orang lain terutama yang tidak dikenali dan jika kita tidak pasti isi kandungannya.4. Pastikan bagasi sentiasa tertutup dan berzipLangkah ini penting untuk mengelakkan daripada mana-mana individu tidak bertanggugjawab 'menyelitkan' barangan bahaya atau terlarang dalam beg tanpa pengetahuan anda.5. Jangan leka dan awasi bagasi sendiriInsiden atau kes kehilangan bagasi masih berlaku di mana-mana lapangan terbang maka elakkan daripada terleka sehingga anda tidak menyedari beg telah diambil orang lain.6. Jangan bawakan beg milik orang lainMenurut Azri, sebarang barangan terlarang termasuk ganja yang berada dalam jagaan seseorang akan dianggap sebagai miliknya di sisi undang-undang sekiranya ditangkap pihak berkuasa.7. Jangan panik berdepan pegawai imigresenSikap gugup boleh menimbulkan kecurigaan dan mengakibatkan proses pemeriksaan menjadi lebih panjang apabila pegawai mula bertanya pelbagai soalan. Dalam pada itu, Azri turut mencadangkan supaya bersedia dengan dokumen perjalanan lengkap seperti hotel dan tiket penerbangan untuk ditunjukkan jika diminta.