suria

Anda sedang rancang percutian tahun 2026? Ini waktu terbaik buru tiket murah, jimat banyak!

Waktu tengah malam hingga awal pagi dikatakan waktu terbaik untuk membeli tiket penerbangan. -Gambar hiasan AI

RAMAI penumpang sering mengeluh tentang harga tiket penerbangan yang semakin meningkat, terutama ketika musim cuti.

Namun terdapat beberapa cara untuk mendapatkan tiket penerbangan pada harga lebih murah jika tahu waktu yang tepat untuk menempah.

Beberapa pengguna media sosial tampil berkongsi pengalaman mengenai waktu terbaik untuk menempah tiket penerbangan.

Antaranya tempoh sekitar pukul 2.30 hingga 3.00 pagi adalah masa terbaik kerana harga dikatakan lebih rendah.

Memburu tiket penerbangan murah mampu menjimatkan kos melancong. -Gambar hiasanMemburu tiket penerbangan murah mampu menjimatkan kos melancong. -Gambar hiasan

Bagaimanapun ada juga berpandangan waktu sebenar yang lebih efektif adalah antara pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi.

“Pada masa ini, laman web biasanya sedang reset tempahan yang tidak jadi dibeli oleh orang lain. 

"Tiket promosi sering muncul pada waktu begini,” jelasnya.

Selain itu, penumpang juga dinasihatkan sentiasa memeriksa laman web rasmi syarikat penerbangan dan aplikasi tempahan secara berkala, kerana promosi serta diskaun kadangkala muncul secara mengejut tanpa notis awal.

Tip ringkas ini boleh membantu penumpang merancang pembelian tiket dengan bijak dan berpeluang menikmati harga lebih rendah. 

Jadi jika anda sedang merancang perjalanan, cuba semak laman web pada waktu tengah malam untuk mendapatkan tawaran terbaik.

Artikel Lain