suria

Cabutan bertuah kereta, jualan harga kilang antara tarikan di MITI Asean Day 2025... Persembahan artis popular pun ada!

Pelbagai juaran dan pameran menanti pengunjung sepanjang dua hari acara MITI Asean Day 2025. -Foto AZMAN GHANI/The Star

KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menganjurkan MITI Asean Day 2025 dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik ditawarkan kepada pengunjung sambil meraikan kejayaan Malaysia mempengerusikan Asean 2025.

Acara yang dirasmikan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong pada Jumaat itu berlangsung selama dua hari iaitu 14 dan 15 November, bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang, di Menara MITI, Kuala Lumpur.

Menurut Liew, 2025 merupakan tahun yang bermakna buat Malaysia selepas kejayaan penganjuran Asean Sidang Kemuncak Asean yang dihadiri pemimpin-pemimpin serantau.

"Sebagai Pengerusi Asean, Malaysia menempa sejarah baharu dan mencipta beberapa kejayaan utama seperti memuktamadkan penyertaan Timor-Leste sebagai ahli rasmi ke-11 ASEAN.

"Daripada sudut ekonomi pula, 18 Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan ASEAN (Priority Economic Deliverables - PEDs) telah berjaya dihasilkan.

"Antaranya, inisiatif-inisiatif untuk memperkukuh perdagangan serantau melalui seperti ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) dan ASEAN China Free Trade Area (ACFTA) 3.0 Upgrade Protocol," ujarnya semasa ucapan perasmian.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai program pameran, jualan dan persembahan artis popular disediakan.

Bagi mereka yang mahu berbelanja, MITI Asean Day 2025 dimeriahkan dengan Jualan Rahmah Madani dan Jualan Harga Kilang melibatkan jenama terkenal seperti Siti Khadijah, Pensonic, Christy Ng, Sharp, Duopharma dan banyak lagi. 

Deputy Minister of Investment, Trade & Industry, Liew Chin Tong launching the MITI ASEAN Day 2025 at Dewan Perdana in MITI on November 14.-AZMAN GHANI/The Star

Liew mengunjungi gerai jualan dan pameran di MITI Asean Day 2025.

Menerusi jualan ini, pengunjung boleh menikmati diskaun berbaloi untuk mendapatkan barangan kegemaran pada harga istimewa.

Selain itu, acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran interaktif, jualan trak makanan serta karnival kerjaya bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan.

Pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah lumayan melalui cabutan bertuah yang menawarkan motosikal elektrik serta hadiah utama berupa kereta Proton Persona dan Perodua Ativa.

Deputy Minister of Investment, Trade & Industry, Liew Chin Tong launching the MITI ASEAN Day 2025 at Dewan Perdana in MITI on November 14.-AZMAN GHANI/The Star

Aneka makanan yang dijual di MITI ASEAN Day 2025. -Foto AZMAN GHANI/The Star

Cara penyertaannya cukup mudah, hanya perlu hadir dan mendaftar sepanjang acara berlangsung.

Bagi yang berbakat dalam bidang seni, MITI turut menganjurkan pertandingan nyanyian MITI Asean Day MicStar 2025. 

Juara bakal membawa pulang RM2,500, tempat kedua RM2,000, tempat ketiga RM1,500, manakala ‘Vokal Terbaik’ dan ‘Persembahan Terbaik’ masing-masing menerima RM250, serta dua saguhati bernilai RM150.

Deputy Minister of Investment, Trade & Industry, Liew Chin Tong launching the MITI ASEAN Day 2025 at Dewan Perdana in MITI on November 14.-AZMAN GHANI/The Star

MITI ASEAN Day 2025 turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Shiha Zikir. -Foto AZMAN GHANI/The Star

Tidak ketinggalan, pertandingan tarian MITI Asean Day Dance Wave 2025 menawarkan hadiah bernilai tinggi dengan pemenang tempat pertama membawa pulang RM3,000, tempat kedua RM2,500, tempat ketiga RM2,000, selain kategori ‘Koreografi Terbaik’ dan ‘Persembahan Terbaik’ bernilai RM500 setiap satu. 

Barisan penyanyi terkenal seperti Ara Johari, Shidi (Data), Shiha Zikir, Tomok, Wani Kayrie dan Wany Hasrita juga akan membuat persembahan sepanjang acara itu, menjanjikan suasana yang lebih meriah untuk para pengunjung.

Ayuh meriahkan MITI ASEAN Day 2025, datang ramai-ramai dan nikmati pelbagai tawaran istimewa sepanjang dua hari!

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia