MENJELANG penghujung tahun 2025, ramai rakyat Malaysia sudah mula merancang cara terbaik untuk menyambut ketibaan tahun baharu.Untuk makluman, sekitar Lembah Klang ada menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk sambutan malam ambang tahun baharu 2026 sama ada ingin berkumpul bersama rakan, keluarga atau sekadar mencari lokasi terbaik untuk menikmati suasana countdown yang meriah. Lebih menarik, penganjur di lokasi-lokasi tertentu turut menjanjikan pertunjukan bunga api serta persembahan pentas secara langsung bagi memeriahkan detik peralihan tahun.Berikut tujuh pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang yang boleh dikunjungi:1. KLCC (Kuala Lumpur City Centre)Konsert, countdown dan bunga api.Artis: Datuk Zainal Abidin, Alpha, Dennis Lau, Hafiz Suip, Joe Flizzow, Misha Omar, Nikki Palikat dan Vanessa Reynauld.2. Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Kuala LumpurCountdown dan bunga apiArtis: Shila Amzah, Aina Abdul, Rezza Shah, Kidd Santhe, Vanessa Reynauld, KLP48, Danson Ooi, Penny, Belle Sisoski, The Kuans, Nazu dan Euzen.3. The Exchange TRX Mall, Tun Razak Exchange, Kuala LumpurCountdown, bunga api dan Mini Light ShowRancang lebih awal untuk pilih lokasi sesuai sempena Sambutan Tahun Baharu 2026.4. Sunway Velocity, Cheras, Kuala LumpurKonsert, countdown dan bunga apiArtis: Masdo, Layla Sania, Annabella, KIIRAS dan DJ Blink5. Lalaport BBCC, Bukit Bintang, Kuala LumpurKonsert, countdown dan bunga api6. Sunway Lagoon, Petaling Jaya, SelangorKonsert, countdown dan bunga api7. The Curve, Mutiara Damansara, SelangorKonsert, countdown dan bunga apiArtis Lokal Stage (3 petang hingga 7 malam): Disko Santan, Jemson, Loko band, Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Empty StageArtis Countdown Stage (8 malam sampai countdown): K-Clique, Insomniac, Bunga Isme, Drama Band, Elizabeth Tan, Hazama dan Jemput DengarDengan pelbagai pilihan lokasi dan konsep sambutan, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan keselamatan bagi memastikan sambutan tahun baharu berlangsung dengan selamat dan lancar.Sementara itu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel hingga pukul 2 pagi bersempena sambutan ambang tahun baharu 2026 pada Rabu, 31 Disember.Manakala perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway serta beberapa laluan bas terpilih dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand (ROD) akan beroperasi hingga pukul 2.30 pagi pada 1 Januari 2026.