PELBAGAI kisah viral menjadi perhatian netizen minggu ini.
Kisah mengenai hajat seorang pelanggan untuk menikmati nasi ayam terbantut selepas terlihat seekor tikus besar berkeliaran di atas hidangan tersebut.
Selain itu, tular kisah pemuda di sebalik maskot Mickey Mouse menafikan dakwaan dia merangkul pinggang seorang gadis.
Turut dipaparkan adalah kisah sedih seorang murid darjah enam yang berkongsi kegembiraan keputusan UPSR di pusara ibunya.
Tular juga mengenai tindakan seorang gadis yang merakam video meletakkan wang kertas RM10 di bahagian papan pemuka ketika menumpang kereta seorang rakannya.
Paling hangat tular minggu ini adalah foto transformasi seorang gadis yang disamakan seperti Dua Lipa dan Ruby Rose.