SEBUAH naskhah adaptasi novel, drama Seindah 7 Warna Pelangi sudah mula ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 24 Februari lalu.
Menurut salah seorang teraju utama iaitu Nabila Razali, dia mengikuti kelas lakonan sebagai persediaan sebelum masuk ke set penggambaran.
“Sebenarnya saya agak gementar apabila masuk ke set drama ini... tu yang pergi ambil kelas lakonan dan banyak bertanya dengan orang.
“Alhamdulillah apabila masuk set itu, saya rasa selesa untuk bekerja dengan semua team yang ada dekat sini,” katanya kepada mStar.
Sementara itu pelakon Aeril Zafrel turut memuji lakonan Nabila dalam drama ini.
“Walaupun Nabila baharu, daripada segi keserasian dalam lakonan itu bagus kerana dia banyak buat ulangkaji... jadi tak perlu buat rehearsal banyak kali, ” katanya.
Drama Seindah 7 Warna Pelangi ditayangkan di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Tarikh tayangan: 24 Februari 2020
Waktu siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Penulis novel: Eman Sufi
Penulis skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Eoon Shuhaini
Pelakon: Aeril Zafrel, Nabila Razali, Elly Mazlein, Raja Afiq, Hun Haqeem ,Wilma Muhammad, Sahronizam, Laila Nasir, Wanns Ahmad, Wanna Ali, Aidil Aziz, Riz Amin, Munira Iwan, Doria, Sarah Hildebrand, Dato Norul Iman, Iswan Ismail, Hamidah Wahab dan Zazeli Baginda.