SEPANJANG minggu, pelbagai kisah viral menjadi tumpuan netizen.
Antara yang paling mendapat perhatian tentunya kisah peniaga nasi lemak yang disangka berpenyakit OCD.
Kisah abang kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah yang menyertai Umno turut tersenarai dalam Top 5 Viral.
Turut meruntun hati cerita rider penghantar makanan yang basah kuyup dalam hujan.
Paling popular minggu ini, kisah bekas pelajar yang menyesal dengan keputusan cemerlang 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).